Wednesday, December 14, 2011

First post?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Berdirinya saya disini dengan gah dan teruja yang amatnya adalah untuk mengumumkan pertabalan blog saya yang terbaru lagi exclusive serta expensive lagi limited ini di mata dunia. *Tapi sebenarnya saya tengah baring siap bergolek golek kesana kemari lagi atas katil ni. Ngahahaha! -.-'* Menaip sambil baring? Pun boleh.. :p

Intro yang agak melebih terlebih over nampaknya ya. *Menyampah!*
Baiklah. Memandangkan ini first post saya, apakah yang ingin saya ceritakan? Tentang diri sayakah? Tentang mengapa saya membuat blog ini kah? Atau tentang anak pak Mat mak cik Timah si Abu belakang rumah yang baru sunat semalam? Ok yang ini tipu. :p

Agak agak kan, apa pendapat anda tentang blog baru saya ni? Cantik tak? Terpukau tak? Teruja tak? Perfect tak? Awesome tak? Hehehe. ^^ Oh! Ke semua yang dinyatakan tu takde langsung pada pendapat anda? Aih korang ni nak kena bakar rumah ke?! Baik cakap cepat "Ye. Ada!" bhahahah jkjk. Saya baik tettttt. :p

For your information, saye telah mengambil masa tanpa kebenaran yang sah selama 2 jam setengah untuk menyiapkan mengeditkan mengemaskinikan blog ini. Selepas berhempas pulas tanpa henti tanpa makan dan minum daripada mula saye bangun tidur sehinggalah sekarang ni sampai tak sempat menyempat nak ambil masa 25 minit untuk mandi seketika kerana tekunnya saya membuat benda ini tanpa bantuan sesiapa dan taraaaaa! Inilah hasilnya! Tehehehe. Hebat tak? Hebat angat. *Bunyi tepukan yang sungguh kuat dan bunga api piung kaboom boom boom serta jet pejuang di udara!* Berpuas hati sungguh ye saya nampaknya dengan sambutan yang begitu meriah. *Berasa gila sambil melibas libaskan rambut.* Hahahahaha.

Memandangkan ini first post, marilah saya menunjukkan muka terlebih dahulu.
Haaa inilah saya! ^^V


Ya Allah! Selenga budak ni rupanya. -.-'
Sebenarnya, saya amat rindu nak sekolah. Tu yang letak gambar ni.
Ye, sabar. Tak lama lagi buka sekolah dah! Aaaaa! Uwaaaaahhhhh! =/

Btw, memandangkan saya amat busy kerana mahu keluar sebentar lagi, tak sempat saya nak cerita panjang lebar tentang saya, mak cik Kiah, pak Tam, pak Abu, jiran handsome sebelah rumah tu. Haih! Saya berasa sungguh sedih! Ye, amat sedih kerana tidak dapat meluangkan masa berdating dengan blog ini lebih lama. Sila nantikan episod yang selanjutnya daripada saya ye. Sayang anda. :* *Kalau rajin aku update ah blog ni.* NGAHAHAHAHA! ^^ Okbai. :p



No comments:

Post a Comment