Saturday, December 31, 2011

Chicken pox meleletup!

Ehem ehem assalamualaikum, hai readers!
Semoga anda semua sihat memandangkan saya tak sihat sekarang.
Diri bagai dilanda hujan ribut taufan ombak pantai tsunami. Ya Allah..
Tidak keruan aku dibuatnya sehingga tidak senang duduk sekarang.
Oh. Apalah nasib yang menimpa diriku di penghujung tahun ini.
Sedih betul mendengarnyakan? Tsk. Tsk. *Drama lebih.* K diammah! :p
Ye. Saya sakit. Sakit apa? Chicken pox! Chicken pox?!!! Ye. Chicken pox. ;(
Ha'ah. Titew kenew chicken pox jew. Jew?! Woiii! Sakit tahu! Ok sabar. *Istighfar.*

Chicken pox? Apakah itu? Sejenis makanankah? Dah nama kat depan pun "chicken" mestilah maksudnya ayam dan sudah pastinya ianya adalah makanan yang boleh dimakan. Bapak sedapnya bila makan terutamanya ayam KFC tu en en hohoho! Nyum3x! Hoiii! Wakluuu makanan! Tapi.. *Ini apa yang terlintas dan bermain2x di fikiran saya.* "Kenapa panggil chicken pox? Kenapa tak panggil Garfield pox ke, panda pox ke, koala bear pox ke. Kan?!" Sangat merepek sekarang ok cukup cukup.

Kembali serious. Ni nak bagi tahu sikek info. Penting ni! Untuk pengetahuan kita semua!!! *Amboi.* Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella - zoster. *Aku baru je lepas Google secara tak sah tadi. Tettt.. Hahahahaha.* :p Well at least aku cuba mencari maklumat. Tsk. Tsk. Hargai sikit saya ni. Ah sudah blah lah! -.-'

Ianya amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa, simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak2x. Saya ni tak berapa nak kanak2x dan tak dewasa sangat so ditengah tengahlah kan? Jadinya tak bahaya kan. Ehm. *Cough. Cough.* *Nak makan strepsils pun tak boleh sekarang ni.* Padahal tak sakit tekak pun.
Titew sajew jew. :p


Anyway, sesiapa yang mengikuti Twitter saya dan juga Facebook saya, mesti anda sudah tahu kan? Bagi yang tak tahu lagi tu, sekarang dah tahu lah ni kan. Dah tahu lah bahawa saya yang comel ni kena chicken pox kan? Hm. Habis tak comel dah saya sekarang. Apa boleh buat.. OMG! OMG! OMG!!! Tak perlu nak cakap kesiannya Atilaaa, sebab saya sendiri pun dah cukup amat sangat kesian dengan diri sendiri. Sangat sakit. Amat menggelikan. Amat menakutkan.
Ya Allah..
Tsk. Tsk. Tsk. T______________________________T


Geng ayam dah saya sekarang ni. Cuma saya spesel. Jauh lebih comel.
Wuwuwu kalau Garfield takpe jugak. Lagilah gila comel kan? Hm.
*Nak lagi protes tuuu. Sabar jelah.* :p

Bercakap pasal pantang larang bila kena chicken pox pulak, memang banyak sebenarnya. Ada sesetengah orang percaya pantang larang macam ni, ada sesetengan orang lain pulak percaya akan pantang larang hak macam tu. Terpulang kepada masing2x. Semuanya nak yang terbaik bukan? Ada cara yang tersendiri. Begitu juga saya! Hehehe. ^^V

Antara pantang larang dan perkara yang perlu dibuat ketika menghidap sakit chicken pox..
*Sumber daripada Nurshaheera Atila dan keluarga.*
  1. Jangan menggoreng ketika pesakit chicken pox berada di dalam rumah. Nanti minyak yang meletup2x itu ibarat meletupkan bintik2x chicken pox terbabit dan juga akan buat pesakit berasa miang dan gatal.
  2. Jangan makan kicap! Kalau berparut akan menyebabkan warna hitam tak akan hilang.
  3. Jangan kene hujan. Ini yang paling pantang ok! Sebab boleh menyebabkan kesan parut yang berlekuk ataupun boleh menyeman atau nama lainnya meroyan atau lebih popular dikenali sebagai tidak waras atau lebih tepatnya gila! :p
  4. Jangan makan telur atau seafood iaitu makanan yang boleh menyumbang ke arah kegatalan.
  5. Jangan mengada - ada menggaru atau usik2x bintik2x chicken pox nanti tinggalkan bekas dan parut.
  6. Kerap mandi. Act petua orang dulu2x cakap jangan mandi kan? Tapi jangan ikut sebab itu virus dan mesti mandi dengan sabun yang doktor bagi. Jangan pakai sabun biasa.
  7. Jangan bersikap marah kepada pesakit yang kena chicken pox. Tidak boleh sama sekali tengking pesakit tersebut. Hehehehehe. *Behnya. Behnya.* :p
  8. Kurangkan pengambilan buah - buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah - buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  9. Banyakkan minum air suam kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  10. Tingkatkan pengambilan sayur - sayuran kerana sayur - sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. Pengambilan carrot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  11. Jangan sesekali mengambil makanan ringan, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan lagi pembentukan ruam.

Aih saya sekarang ni terlebih pantang dah. Makan pun nak tak nak je sebenarnya. Yelahkan mana taknya kalau menu makanan tu ikan bakar, daging bakar je?! *Takpe. Kurus aku kalau macam ni gaya.* Hahahahahaha lapar tahu! Saya dah tak tahu berapa kali perut saya ni menangis menahan lapar. Sumpah kesian. Menyanyi nyanyi lagu Justin Bieber lagi yknow. Alah hak "Baby Baby" tu HAHAHAHAHAHA tambahan pulak malam ni malam New Year. Amboih kemain lagi depa semua pergi makan makanan hak beh beh 5 star punya hotel lagi amboi amboi dah aku???!!!!! Terbiaq keseorangan disini ah sedih ah cemni. Sedih. Sedih! :(



Saya tak dapat nak cakap apa2x cuma ini yang mampu saya lakukan.
Walaupun ini cuma gambar, tapi realiti pun saya macam ni jugak.
Takpe, saya redha dan terima dengan ikhlas. Mungkin ini ujian buat saya.
Anda semua tolong doakan saya cepat sembuh ye?
Sayang anda. Muah sikekk! ;*

"Penyakit itu penghapus dosa."


P/s : Lepas saya dah sembuh nanti saya nak makan makanan hak beh beh macam pizza, KFC, McD, Tutti Frutti, Steak, Spaghetti, Sushi, Lasagna, semua favourite food saya ahhh pokok pangkalnya semuanya lah eh eh? :p



Monday, December 19, 2011

Apabila kita bermimpi buruk..

Assalamualaikum..
Selamat kembali bersama saya dalam K - Pop Countdown (Inkigayo). *Ok tak sabik sangat.*
Harini saya bangun dalam pukul 10 : 30 pagi gitu. Itupun sebab Sabrina yang kejutkan kalau tak memang saya tak bangun lagi kot. Hahaha nama pun hari Ahad kan. So, kita enjoy! ;p
*Jadi Nora Danish kejap.*


Skip skip skip, kembali jadi Atila semula, marilah saya mulakan cerita..

Mummy : Ha, dah lawa rambut kaklong. Takdelah pendek sangat.
Kaklong : Tulah menyesal potong.
Mummy : Siapa suruh potong.
Saya : Alah senang2x kaklong pakai wig je. Alah, kau pakai tudung so watlek jelah.
Mummy : Berdosa pakai wig! Rambut palsu pun berdosa.
Saya : Oh! Kalau rebonding?
Mummy : Sebenarnya berdosa jugak. Mencukur bulu kening dan bulu roma pun sama.
Saya : Kiranya kita macam mengubah ciptaan Tuhan kan.
Mummy : Ha tulah. Anak mummy yg ni bila nk pakai tudung?
Saya : *Tunduk senyap.* Tahun depan. I promise you that.. *Lagu Westlife.*

Haih banyaknya perkara yang dilarangkan tapi kita ni degil sangat dan semua yang dilarang tulah kita buat. Tapi alhamdulillah saya tak buat perkara2x dinyatakan di atas kecuali hak freehair tu. *Aku tahulah aku ni tak alim mana pun. Selalu je buat dosa tapi insyaAllah someday aku berada di jalan yang sebenar benarnya..* Sedar diri..

Btw, next year masuk saje tahun 2012 saya nak berubah hehehe. Mungkin lebih baik daripada biasa. Harap2x ini bukan omong ngosong. InsyaAllah. Ha! Azam baru, hidup baru! Lol. Ok peace. :)V

10 minit kemudian..

Taraaaaa! Anda bersama saya, kak Jah dalam acara masak memasak!
*Ye, tolong berhenti mengarut! Tampar diri sendiri.*

Baiklah, kembali normal, saya nak cakap pasal mimipi buruk..

Saya : Mummy, semalam kan kakngah mimpi buruk! Sumpah takut!
Mummy : Mimpi apa?
Saya : Kakngah mimpi yang.. (Tak sempat nak cerita mummy dah sampuk..)
Mummy : Kalau kita mimpi buruk jangan bagitahu orang lain..
Saya : Oh yeke? Kenapa?
Mummy : Pergi ambik buku atas meja dekat bawah baca pasal mimpi.

Lalu saya pun pergi ke bawah mendapatkan buku tersebut lalu membuka halaman pasal mimpi buruk..

Dikatakan dalam buku tu, kalau mimpi buruk jangn bagitahu orang. Ini kerana ianya datang daripada Syaitan dan bukannya daripada Allah S.W.T. Ya Allah! Sumpah takut! Hanya saya dan Allah saje yang tahu apakah mimpi saya pada malam semalam.. Yang penting ianya amat menakutkan. Ya Allah.. =/ *Lain kali sebelum nak tidur kena ingat sokmo basuh kaki ambik wudhuk. Ini aku tidak. Kadang2x ingat, kadang2x tak. Kan dah kena main dengan syaitan!* Sedar diri..

So dikesempatan ini, saya nak share dengan korang sikit tentang apa yang saya baca..

Boleh menceritakan mimpi yang baik dan dilarang menceritakan mimpi yang buruk.

Ketika kita memimpikan sesuatu yang baik, maka diperbolehkan untuk menceritakannya kepada orang lain. Tapi sebaliknya, jika mimpinya buruk, maka jangan diceritakan kepada orang lain. Dari Abu Sa’id Al Khudriy RA. Bahawasanya ia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : ”Apabila salah seorang diantara kamu bermimpi dengan impian yang disukainya, maka sesungguhnya impian itu dari Allah Ta’ala. Oleh kerana itu hendaknya ia memuji kepada Allah S.W.T dan menceritakannya kepada orang lain.” Dan di dalam riwayat lain dikatakan : ”Janganlah ia menceritakan impian itu kecuali kepada orang - orang yang disukainya.” Dan apabila ia bermimpi dengan impian yang tidak disukainya, maka sesungguhnya impian itu dari syaitan, maka hendaklah ia berlindung diri dari kejelekan impiannya dan janganlah ia menceritakan impian itu kepada siapapun juga, karena impian itu tidak akan membahayakan dirinya.” (HR Bukhari dan Muslim.)

Perkara yang harus dilakukan ketika mendapat mimpi buruk
.

Dalam hadist riwayat Muslim, ketika seseorang bermimpi buruk, maka perkara yang harus dilakukannya adalah..

1. Meludah ke sebelah kiri tiga kali.
*Tapi sebelum melakukan hal ini, lihat dahulu, siapa yang ada di sebelah kiri kita. Jangan sampai salah meludah.
2. Meniup ke sebelah kiri tiga kali.
3. Membaca Ta’awudz tiga kali.
4. Membalikkan diri dari tidurnya yang semula.

Agar terhindar daripada mimpi buruk.

Kerana mimpi buruk itu datangnya dari syaitan, maka ketika hendak pergi tidur, kita harus mengikuti petunjuk Rasulullah S.A.W, iaitu sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada Allah S.W.T. Berikut ini adalah hadis tentang tata cara Rasulullah S.W.T ketika akan tidur plus doa2x yang dibaca menjelang tidur.

1. Dari Barra’ Bin Azib RA, ia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda kepada saya : ”Apabila kamu mendatangi pembaringanmu maka berwudhuklah seperti wudhuk untuk solat, kemudian berbaringlah pada lambung kananmu dan ucapkanlah : ALLAHUMMA ASLAMTU NAFSII ILAIKA WA WAJJAHTU WAJHII LAIKA WAFAWWADLTU AMRII ILAIKA WALJA’TU DHAHRII ILAIKA RAHBATAN WA RAGHBATAN ILAIKA LAA MALJA - A LAA MANJAA MINKA ILLA ILAIKA AAMANTU NIKITAABIKAL LADZII ANZALTA WABINABIYYIKAL LADZII ARSALTA. (Ya Allah, saya serahkan diriku kepada - Mu, saya hadapkan wajahku kepada - Mu, saya pasrahkan urusan kepada - MU, saya lindungkan punggungku kepada - Mu, dengan senang hati dan takut kepada - Mu. Tak ada tempat berlindung dan tak ada pula tempat keselamatan dari siksaan - Mu kecuali hanya kepada - Mu. Saya beriman kepada kitab - Mu yang telah Engkau turunkan dan kepada Nabi - Mu yang telah Engkau utus.) Maka seandainya kamu mati di malam itu, kamu berada dalam keadaan fitrah. (Tanpa dosa.) Jadikanlah kalimat2x tersebut sebagai perkara akhir yang kamu ucapkan.” (HR Bukhari dan Muslim.)

2. Dari Hudzaifah dan Abu Dzarr. Bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila menuju ke tempat tidurnya, beliau mengucap : “BISMIKALLAHUMMA AHYAA WA AMMUT. (Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, hamba hidup dan hamba mati.)” (HR Bukhari.)

3. “Apabila Rasulullah S.A.W mendatangi tempat tidurnya pada setiap malam, maka beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, kemudian beliau meniupnya lantas membaca QULHUWALLAAHU AHAD, QUL A’UDZUU BIRABBIL FALAQ dan QUL A’UDZUU BIRABBINNAAS. Kemudian beliau mengusapkan kedua tangannya ke seluruh badannya, dimulai dari kepala, muka dan badan bagian depan, dengan diulangi tiga kali.”
(HR. Bukhari dan Muslim.)

Wahai sahabat, marilah kita renung2xkan dan selamat beramal..
Sekian saja daripada saya untuk episode kali ini, semoga kita berjumpa diepisode akan datang.
Yang benar, ustazah Atila. :B
Akhir kata, sayang anda! :) <3 Wassalam..