Saturday, December 31, 2011

Chicken pox meleletup!

Ehem ehem assalamualaikum, hai readers!
Semoga anda semua sihat memandangkan saya tak sihat sekarang.
Diri bagai dilanda hujan ribut taufan ombak pantai tsunami. Ya Allah..
Tidak keruan aku dibuatnya sehingga tidak senang duduk sekarang.
Oh. Apalah nasib yang menimpa diriku di penghujung tahun ini.
Sedih betul mendengarnyakan? Tsk. Tsk. *Drama lebih.* K diammah! :p
Ye. Saya sakit. Sakit apa? Chicken pox! Chicken pox?!!! Ye. Chicken pox. ;(
Ha'ah. Titew kenew chicken pox jew. Jew?! Woiii! Sakit tahu! Ok sabar. *Istighfar.*

Chicken pox? Apakah itu? Sejenis makanankah? Dah nama kat depan pun "chicken" mestilah maksudnya ayam dan sudah pastinya ianya adalah makanan yang boleh dimakan. Bapak sedapnya bila makan terutamanya ayam KFC tu en en hohoho! Nyum3x! Hoiii! Wakluuu makanan! Tapi.. *Ini apa yang terlintas dan bermain2x di fikiran saya.* "Kenapa panggil chicken pox? Kenapa tak panggil Garfield pox ke, panda pox ke, koala bear pox ke. Kan?!" Sangat merepek sekarang ok cukup cukup.

Kembali serious. Ni nak bagi tahu sikek info. Penting ni! Untuk pengetahuan kita semua!!! *Amboi.* Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella - zoster. *Aku baru je lepas Google secara tak sah tadi. Tettt.. Hahahahaha.* :p Well at least aku cuba mencari maklumat. Tsk. Tsk. Hargai sikit saya ni. Ah sudah blah lah! -.-'

Ianya amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa, simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak2x. Saya ni tak berapa nak kanak2x dan tak dewasa sangat so ditengah tengahlah kan? Jadinya tak bahaya kan. Ehm. *Cough. Cough.* *Nak makan strepsils pun tak boleh sekarang ni.* Padahal tak sakit tekak pun.
Titew sajew jew. :p


Anyway, sesiapa yang mengikuti Twitter saya dan juga Facebook saya, mesti anda sudah tahu kan? Bagi yang tak tahu lagi tu, sekarang dah tahu lah ni kan. Dah tahu lah bahawa saya yang comel ni kena chicken pox kan? Hm. Habis tak comel dah saya sekarang. Apa boleh buat.. OMG! OMG! OMG!!! Tak perlu nak cakap kesiannya Atilaaa, sebab saya sendiri pun dah cukup amat sangat kesian dengan diri sendiri. Sangat sakit. Amat menggelikan. Amat menakutkan.
Ya Allah..
Tsk. Tsk. Tsk. T______________________________T


Geng ayam dah saya sekarang ni. Cuma saya spesel. Jauh lebih comel.
Wuwuwu kalau Garfield takpe jugak. Lagilah gila comel kan? Hm.
*Nak lagi protes tuuu. Sabar jelah.* :p

Bercakap pasal pantang larang bila kena chicken pox pulak, memang banyak sebenarnya. Ada sesetengah orang percaya pantang larang macam ni, ada sesetengan orang lain pulak percaya akan pantang larang hak macam tu. Terpulang kepada masing2x. Semuanya nak yang terbaik bukan? Ada cara yang tersendiri. Begitu juga saya! Hehehe. ^^V

Antara pantang larang dan perkara yang perlu dibuat ketika menghidap sakit chicken pox..
*Sumber daripada Nurshaheera Atila dan keluarga.*
  1. Jangan menggoreng ketika pesakit chicken pox berada di dalam rumah. Nanti minyak yang meletup2x itu ibarat meletupkan bintik2x chicken pox terbabit dan juga akan buat pesakit berasa miang dan gatal.
  2. Jangan makan kicap! Kalau berparut akan menyebabkan warna hitam tak akan hilang.
  3. Jangan kene hujan. Ini yang paling pantang ok! Sebab boleh menyebabkan kesan parut yang berlekuk ataupun boleh menyeman atau nama lainnya meroyan atau lebih popular dikenali sebagai tidak waras atau lebih tepatnya gila! :p
  4. Jangan makan telur atau seafood iaitu makanan yang boleh menyumbang ke arah kegatalan.
  5. Jangan mengada - ada menggaru atau usik2x bintik2x chicken pox nanti tinggalkan bekas dan parut.
  6. Kerap mandi. Act petua orang dulu2x cakap jangan mandi kan? Tapi jangan ikut sebab itu virus dan mesti mandi dengan sabun yang doktor bagi. Jangan pakai sabun biasa.
  7. Jangan bersikap marah kepada pesakit yang kena chicken pox. Tidak boleh sama sekali tengking pesakit tersebut. Hehehehehe. *Behnya. Behnya.* :p
  8. Kurangkan pengambilan buah - buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah - buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  9. Banyakkan minum air suam kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  10. Tingkatkan pengambilan sayur - sayuran kerana sayur - sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. Pengambilan carrot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  11. Jangan sesekali mengambil makanan ringan, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan lagi pembentukan ruam.

Aih saya sekarang ni terlebih pantang dah. Makan pun nak tak nak je sebenarnya. Yelahkan mana taknya kalau menu makanan tu ikan bakar, daging bakar je?! *Takpe. Kurus aku kalau macam ni gaya.* Hahahahahaha lapar tahu! Saya dah tak tahu berapa kali perut saya ni menangis menahan lapar. Sumpah kesian. Menyanyi nyanyi lagu Justin Bieber lagi yknow. Alah hak "Baby Baby" tu HAHAHAHAHAHA tambahan pulak malam ni malam New Year. Amboih kemain lagi depa semua pergi makan makanan hak beh beh 5 star punya hotel lagi amboi amboi dah aku???!!!!! Terbiaq keseorangan disini ah sedih ah cemni. Sedih. Sedih! :(



Saya tak dapat nak cakap apa2x cuma ini yang mampu saya lakukan.
Walaupun ini cuma gambar, tapi realiti pun saya macam ni jugak.
Takpe, saya redha dan terima dengan ikhlas. Mungkin ini ujian buat saya.
Anda semua tolong doakan saya cepat sembuh ye?
Sayang anda. Muah sikekk! ;*

"Penyakit itu penghapus dosa."


P/s : Lepas saya dah sembuh nanti saya nak makan makanan hak beh beh macam pizza, KFC, McD, Tutti Frutti, Steak, Spaghetti, Sushi, Lasagna, semua favourite food saya ahhh pokok pangkalnya semuanya lah eh eh? :p



3 comments:

  1. Minta puji btul kata2 awk nie .lol

    ReplyDelete
  2. Kita pun kena chicken pox. Huhu. Kempunan nak itu nak ini

    ReplyDelete
  3. Kesan hitam" dia tu lama hilang tak
    PERTANYAAN SERIUS

    ReplyDelete